Isnin, 6 Julai 2009

Tahniah DS Najib!

Pusat tak akan campur tangan hal ehwal negeri: PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Kerajaan Persekutuan tidak akan campur tangan dalam isu Kampung Buah Pala kerana perkara itu perlu diuruskan dan diselesaikan oleh kerajaan Pulau Pinang.

"Ini adalah perkara kerajaan negeri, tanah terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri, sepertimana yang anda tahu, jadi ia terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

"Sekiranya kami (kerajaan persekutuan) campur tangan, ia akan mewujudkan duluan penting bagi kes-kes lain, terdapat banyak kes lain sebenarnya, dan kami akan diminta campur tangan dalam kes lain juga," katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah menara pejabat setinggi 50 tingkat Kumpulan Naza di sini. Berita penuh


Komen:-

Awal-awal lagi aku dah bagi komen kat Blog Sanggul Melayu yang aku memang tak sokong kalau Kerajaan Pusat layan permintaan Kerajaan Pulau Pinang bagi mengatasi kemelut yang berlaku di Kampung Pala tu. Biaq bagi dia rasa! Itu komen Sanggul Melayu yang nadanya juga tak setuju kalau Kerajaan Pusat bagi perhatian kat permohonan Lim Guang Eng.

Aku senang saja. Buat apa nak layan puak yang tak sokong kita. Baik kita bagi atau tolong bantu negeri-negeri yang sah sokong kita. Kalau bagi kat negeri dikuasai pembangkang, bukan depa nak terima kasih. Nak kutuk lagi ada. Nanti depa putar, kata itu memang tanggung jawab Kerajaan Pusat!

Bukti banyak sangat dah. Jalan tar merelit sampai rata kampung depa kata depa yang boh. Batas ban MADA boh tar pun depa yang buat. Bagus la macam tu! Lepas tu dok atas batas tar baru, tutuh pemimpin Kerajaan Pusat! Depa dapat nama, Kerajaan Pusat dapat maki.


Aku senang saja! Macam kita buat kenduri di kampung la..... Bila nasi dan lauk gulai semua masak, tentulah orang gedehoq macam aku ni kena rasa atau makan dulu. Lepas tu baru bagi orang kerja lain, macam bentara, tukang basuh pinggan, orang berhidang. Betul dak? Depa semua ni buat kerja, kena jamu depa dulu. Takkan nak jamu orang yang tak buat kerja dulu?

Kalau air secerek pun tak angkut, kayu sebatang pun tak kerat, pinggan sebiji pun tak pegang, kawah sikit pun tak tempuh..... mai dok cekak pinggang saja, komplen yang tu tak betul yang ni tak kena, lepas tu mai nak makan dulu? Banyak cantik! Jawapnya...... jamu keraklah. Tu pun nasib baik! Betul dak?

Kita bukan tak mau bagi depa makan. Tapi kena ikut gilir la. Hak kerja makan dulu. Hak dok cekak pinggang, makan lambat sikit. Semua kita bagi makan! Adil dak?

1 ulasan:

  1. Pada suatu hari, di dalam sebuah kelas semasa sedang belajar, suasana menjadi sangat tidak selesa kerana murid-murid lain tiba-tiba merasakan ada bau tahi manusia yang sungguh menusuk kalbu. Tiba-tiba tak semena-mena, si murid A telah bangun dan telah menuduh si murid B yang berak. Si murid B merasakan teraniaya dan menyatakan bahawa si murid A yang berak cirit di dalam kelas. Dengan tersipu-sipu akibat malu, si murid A telah merayu dan memohon pertolongan si murid B membasuh beraknya. Si murid B dengan lantasnya menjawab "LU BASUH SENDIRI LU PUNYA BERAK, PANDAI BERAK, PANDAI BASUH LAAAAA" Dengan rasa segan dan malunya, si murid A tadi pun pergilah ke tandas untuk membasuh najisnya yang busuk itu....Moral cerita ialah kalau kita sudah terberak cirit, janganlah kita meminta bantuan kawan untuk tolong membasuh najis kita. Seharusnya kita mestilah bertanggungjawab membasuh najis kita sendiri....ALLAH MAHA BESAR

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.