Isnin, 6 Julai 2009

Soalan sama , jawapan berbeza

Di manakah Nasharuddin?
Jul 6, 09 11:20am

Di manakah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berada? Itulah persoalan yang meniti di fikiran setiap orang di Manek Urai pagi ini.

parliament 2008 first day 280408 nasharuddinNasharuddin tidak kelihatan walaupun pemimpin kanan PAS yang lain turun memberi sokongan kepada calon parti itu, Mohd Fauzi Abdullah, menyerahkan borang pencalonannya bagi pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga mursyidul am PAS, mengetuai perarakan ke pusat penamaan calon di SMK Sultan Yahya Petra 1.

Ketika ditanya mengenai perkara itu, Nik Aziz berkata: "Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".

Nik Aziz berulang kali berkata beliau tidak tahu mengapa timbalan presiden PAS itu tidak hadir pagi ini. Nak sambung, klik tang ni!

Komen:-

Soalan yang diajukan kepada TG Haji Nik Aziz, Musyidul Am PAS senang saja. Dan TG Haji Nik Aziz pun jawab dengan mudah.

"Saya tak tahu, tanya dialah, itu dia punya pasal".

OK!

Soalan yang sama ditanya kepada Presiden PAS, Haji Hadi Awang. Tapi Haji Hadi tak terus jawab tapi dia tanya balik " Mengapa (Datuk Seri) Najib (Razak) tidak datang? Itu biasa sahaja".

Lebihkurang macam nilah, 2+3 berapa? TG Haji Nik Aziz jawab 5!
Haji Hadi Awang tak jawab lima. Dia tanya balik 6-1 berapa?

Kenapa soalan sama, jawapan berbeza? Nak bagi markah pun payah.


Kalau tanya aku, jawapan aku senang saja. Yang seorang jawab pasai dia tak berkenan. Yang seorang lagi jawab pasai dia berkenan.

2 ulasan:

  1. Jawapan bagi orang takbur begeitulah.........

    BalasPadam
  2. Alaa..nak cover lah tue..rumah dah senget tapi nak tunjuk kata rumah tersergam indah..sekilas ikan di air, ku tahu jantan, betina atau kedua-duanya..nik aziz tu marah-marah cayang..nasha tu merajuk-rajuk manja..yang dok tengah-tengah jd posmen karat,hj hadi lah..banding timbalan parti dgn presdien parti org..tak ke buta perut namanya?

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.