Selasa, 21 Julai 2009

Lagi Seloka Babi.

Ini ada aku karang seloka baru (sambungan Seloka Babi) untukmu Kedah Sejahteraku:-

Lagi Seloka Babi

Isu babi memang tak habis lagi,
merawet pulak sampai tang ni,
bukan wayang bukan drama tv,
kisah benar menjadi realiti.

Di atas runtuhan Pusat Cucuk Babi,
mari kita bina menara tinggi,
jadikan kompleks canggih terkini,
mercu tanda perjuangan parti.

Kompleks mengguna simbol babi,
segala bangsa berniaga di sini,
janganlah terlupa mengajak DAP,
biarpun merajuk tapi tetap di hati.

Walau Kerajaan Pusat tak nak bagi,
mari kita cari peruntukan sendiri,
bawa tempurung bawa guni,
di mana ada ceramah tang tu kita pi.

Kalau masih tak cukup lagi,
jom pi gadai gelang bini,
kerja kita ikhlas di hati,
akhirat kelak syurga menanti.


Oleh:
Ekeng A/L Etong.

Terilham setelah membaca Blog Depa Kata. Klik tang ni.

4 ulasan:

  1. kui kui kui..tapi ekeng..UMNO mungkin sedang tercicir sesuatu..sudah-sudahlah mengembalikan semangat ahli-ahlinya.Kalau nak dok dalam UMNO, semangat kena kental bukan sikit-sikit nak dipujuk.Di kampung-kampung sekarang banyak bantuan daripada Kerajaan negeri seperti pembinaan padang bola, surau yang tak seberapa tapi tepat strateginya. Orang-orang kampung makin nampak pAS boleh buat kerja. Kalau bagitau yang ni pada pemimpin-pemimpin yang tengah menagih tender jangan haraplah depa nak dengaq..

    BalasPadam
  2. Salam,

    Dari malam sampai pagi,
    Macam musang tercabut gigi,
    Ceramah sana sini bangkit pasai babi,
    Untungnya DAP, PAS juga yang rugi.......

    BalasPadam
  3. saya sokong yanggambi..memang gitulah perihal PR..DAP punya majoriti..PAS dapat jadi MB hehe

    BalasPadam
  4. SLM BRO..HEHEHE MMG KENE SEBIJIK KAT HIDUNG PAS!

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.