Selasa, 21 Julai 2009

KCS Punca Elaun Ketua Kampung di Kedah Lewat Dibayar?

Dikhabarkan oleh pihak yang masih belum disahkan, pada hari ini semua Ketua-Ketua Kampung/ Komuniti di negeri Kedah Sejahtera akan menerima elaun yang telah 7 bulan tertangguh. Dilaporkan juga oleh yang berkenaan bahawa “sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri Kedah, baru sekali Ketua Kampung menerima elaun mereka yang tak seberapa iaitu RM300 sebulan. Exco telah memutuskan, elaun akan dibayar setiap 3 bulan sekali.” Baca di sini!

Sehingga kini masih belum dipastikan apakah mereka berkenan telah menerima elaun yang dimaksudkan dan berapakah jumlah yang diterima. Tahniahlah kepada Ketua-Ketua Kampung/Komuniti di Kedah jika mereka dibayar elaun tersebut pada hari ini.

Menurut tulisan yang empunya Blog, Pegawai Tadir Negeri Kedah (KCS) yang didakwa menjadi punca kepada kelewatan bayaran elaun tersebut. Kelihatan seolah-olah proses pembayaran elaun berkenan sengaja dilewatkan oleh Pegawai berkenaan. Tuduhan tanpa disertakan bukti dan fakta tersebut adalah seperti berikut:-

Jadi aku heran, heran sahaja tau... bukan marah............ KCS yang dah lama sambut ulang tahun ke 100 tahun masih lembab dalam buat kerja......... kerja yang sepatutnya 3 bulan jadi 7 bulan. Aku bimbang kerja yang sepatutnya 7 bulan akan jadi 7 tahun. Jika sikap ini berterusan aku tidak berapa bimbang reputasi kerajaan Pakatan Rakyat akan dipertikaikan kerana memang rakyat sudah tahu ramai kalangan KCS yang ada sekarang adalah peninggalan corak pentadbiran UMNO/BN sejak 50 tahun lalu. Tetapi yang aku bimbang ialah rakyat terbanyak yang mengharapkan mereka diberi perkhidmatan yang terbaik, namun amat malang perkhidmatan yang lembab diterima oleh mereka.

Apakah untuk merubahnya perlu ada pendemokrasian dalam perkhidmatan awam........ apakah perlu ada pilihanraya dalam perkhidmatan awam supaya dengan itu mereka yang akan menjawat jawatan utama dalam mana-mana organisasi perkhidmatan awam adalah mereka yang dinilai prestasinya dan diundi oleh semua kakitangan yang bertugas di organisasi berkenaan. Kerana sekarang ini, dilihat jawatan yang dilantik hanya atas asas Senioriti dan silih pergantian dari orang lama kepada orang baru yang berada setapak atau 2 tapak dibawah jawatan tertinggi tidak memberikan apa lonjakan kepada mutu perkhidmatan awam. Cara kerja yang masih stereotype terus berlangsung kerana mewarisi cara kerja 100 tahun lampau........... disitu ada kekurangannya yang tidaklah bermaksud akan dibahas disini secara panjang lebar, ia perlu di Seminarkan, ia perlu dibuat penelitian, kajian dan ujikaji di lapangan agar dapat ditentu sahkan keberkesanan sesuatu Perkhidmatan Awam.

Semua yang disebut di atas memerlukan masa yang agak panjang untuk dilaksanakan, masalahnya ialah sekarang.......... Pakatan Rakyat telah memerintah Kedah, rakyat memberi pengharapan kepada sebuah perkhidmatan yang berkesan.

Oleh itu, "Empati" adalah penting kepada kepada Pegawai Tinggi yang berada di dalam perkhidmatan awam dengan gaji setiap seorang RM5,000 ke atas perbulan dengan tambahan elaun-elaun tertentu.

Tanyalah diri kita sendiri dengan ikhlas, "Apakah perasaan kita jika gaji kita RM5,000 sebulan yang sepatutnya kita terima setiap bulan, di bayar 7 bulan sekali?"

Dan saya juga berempati dengan Pegawai Tinggi Perkhidmatan Awam, bahawa mereka mempunyai tugas yang banyak dan telalu sebok untuk bermesyurat, bergegas dalam perjalanan yang jauh kerana urusan rasmi kerajaan, mengiringi Sultan, membaca laporan-laporan yang tebal dan membuat keputusan-keputusan dalam organisasinya.

Tetapi apakah terlalu sukar untuk menurunkan tandatangan ke atas sekeping cek yang boleh diminta kerani menyediakannya, sehingga memerlukan masa 7 bulan.

Semoga, kita semua Rakyat Kedah di bawah Pakatan Rakyat semakin memahami bahawa inilah antara sisa peninggalan Perkhidmatan Awam yang ditinggalkan oleh UMNO, yang jika kita mengkaji sejarah revolusi sekalipun perubahan dalam Perkhidmatan Awam adalah yang paling sukar untuk dilakukan perubahan.

Kepada pegawai perkhidmatan awam, janganlah merajuk atau terasa hati.......... kami rakyat memahami kamu memang berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, tetapi budaya dan kebiasaan lama yang sudah sebati dalam tindakan seharian yang diwarisi 50 tahun pemerintahan UMNO sukar dilenyapkan dalam masa 500 hari.


Demikian tuduhan yang telah dibuat kepada Pegawai Tadbir Kedah (KCS), angkara kelewatan pembayaran elaun kepada Ketua-Ketua Kampung/Komuniti di Kedah. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana corak tuduhan yang akan dibuat sekiranya Ketua-Ketua Kampung/Komuniti tidak menerima elaun mereka seperti yang dijanjikan hari ini.

Saya bukan dari kalangan KCS dan tidak berhajat untuk membela atau mempertahankan KCS. Cuma pertanyaan saya, adakah empunya Blog menyelidiki atau membuat siasatan akan punca sebenar kelewatan tersebut, dan adakah hanya elaun ini saja yang dilengah-lengahkan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.