Rabu, 15 Julai 2009

Menang pun buat 'post mortem'???

Walau apa pun alasan diberikan, hakikatnya kemenangan tipis PAS di Manek Urai menunjukkan bahawa parti itu sudah kehilangan pengaruh, khususnya di negeri Kelantan sendiri. Terdapat ramai kalangan pemimpin PAS yang memberikan komen. Ahli-ahli politik, peminat dan penganalisa politik juga rakyat biasa, turut memberikan komen dan ulasan mengikut persfektif masing-masing.

Yang menarik bagi saya ialah komen Datuk Husam Musa (mantan Naib Presiden PAS) kononnya kemenangan PAS adalah di luar dugaan kerana menyangka BN akan menang.

Beliau mendakwa sejak awal pihaknya menjangkakan calon Pas Mohd Fauzi Abdullah, 50, akan kalah dalam saingan berdepan dengan calon Barisan Nasional (BN) Tuan Aziz Tuan Mat, 39, yang juga Ketua Pemuda Umno bahagian Kuala Krai.

"Kita jangka dia kalah tetapi menang. Kemenangan ini adalah kekuatan yang luar biasa. Kita bangga dengan kekuatan penyokong Manek Urai yang kuat ketahanan mereka,” katanya.
Klik sini!

Kenyataan atau komen dari 'ikan luka' dalam PAS itu dibuat selepas keputusan Pilihanraya diumumkan. Tetapi semasa kempen berlangsung, lain pula yang kedengaran. Rata-rata pemimpin PAS dengan penuh keyakinan menyatakan bahawa PAS akan meraih majori besar, melebih 2,000 undi.

PAS mengumumkan untuk mengadakan 'post mortem' bagi mengenal pasti puncanya. Klik sini!

Kebiasaannya, mana-mana pihak yang kalah dalam apa-apa juga pertandingan akan mengadakan 'post mortem'. Pasukan sepak takraw negara yang kalah teruk di Bangkok baru-baru ini juga akan mengadakan post mortem. Post mortem selalunya dilakukan (dalam konteks pertandingan) untuk mencari punca kekalahan. Dalam hal ini, sepatutnya UMNO yang kalah, perlu mengadakan 'port mortem'.

Bila PAS mengumumkan untuk mengadakan 'post mortem', ertinya PAS sebenarnya mengaku mereka kalah di PRK Manek Urai. Kenapa PAS 'kalah” di PRK Manek Urai yang menjadi kubu mereka? Kita tunggulah hasil 'post mortem' yang akan dilakukan oleh PAS kelak.

Pilihanraya Kecil Manek Urai adalah ujian terbesar kepada DS Mohd Najib semenjak menjawat jawatan Perdana Menteri dan memperkenalkan konsep 1Malaysia. Jika sebelum ini DS Mohd Najib menghadiahkan 11 perkara kepada rakyat seperti yang diumumkan semasa genap 100 hari pemerintahannya, dan keputusan PRU Manek Urai adalah hadiah balas rakyat kepada DS Mohd Najib. Signal yang diberikan menerusi PRK Manek Urai menjadi petunjuk bahawa aura kepimpinan DS Mohd Najib diterima rakyat.

Pengundi Manek Urai telah membuat pilihan dan keputusan telah diketahui. PAS boleh tersenyum kerana menang tapi hati di dalam tetap menangis pilu mengenangkan sokongan dan undi yang merosot. UMNO juga boleh tersenyum kerana berjaya mengurangkan majoriti undi tapi hati di dalam tetap menangis pilu kerana sepatutnya BN boleh menang.

PAS dan UMNO tersenyum dalam tangisan!

1 ulasan:

  1. Masih mengingati panglima kempen PAS dengan takbur suruh UMNO/BN tak payah bertanding di Manik Urai. Katanya Manik Urai kubu kuat PAS. Kalau bukan anak buah kamu yang pulun sampai tak cukup mulut maki dengan tangan-tangan baling kasut kat perempuan pulak tu tentu kulit muka dah tebal setebal jalan tar.

    Itulah.jangan takbur sangat. Nik Aziz pun bukan main berlakon menyesal dengan sikap penyokong PAS dan UMNO sampai bergaduh. Siapa yang keluar kenyataan maki UMNO dibolehkan..?Cakap berbelit-belit.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.