Rabu, 8 Julai 2009

PPSMI DIMANSUHKAN 2012

Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan menteri pelajaran.

Pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara.

Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan lima Sasterawan Negara membantah dasar itu - mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu. Lagi....

Dipetik dari Malaysiakini


Komen:
-


Itulah keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan seperti pengumuman oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Mahyudin Yassin selepas berlangsungnya Mesyuarat Kabinet siang tadi. Walaupun agak pahit, namun dek 1Malaysia - Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, maka PPSMI pun terpaksa dimansuhkan.

Usah kita berbahas panjang akan buruk baiknya PPSMI kerana selama ini kita telah sekian lama diberi ruang dan peluang untuk membahaskannya. Usah dikatakan keputusan ini sebagai kekalahan Kerajaan dan kemenangan pihak-pihak tertentu. Tiada siapa yang kalah dan tiada siapa yang menang. Yang berjaya ialah Bahasa Melayu kerana terus dimartabatkan sebagai bahasa rasmi atau bahasa utama negara Malaysia.

Yang diperkatakan ialah isu berkaitan dengan kepentingan dan hak-hak Melayu, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa Rasmi Negara seperti yang tercatat dalam Perlembagaan. Yang akan mengundi di Manek Urai nanti juga adalah majoritinya Melayu.

Nak nafi apa lagi?



9 ulasan:

  1. Salam tuan,

    Saya pun malas nak komen panjang-panjang mengenai PPSMI ni. Dalam apa keadaan pun, sikap saya selalunya sama - bagi peluang, tunggu tengok macam mana hasilnya.

    Cuma nak maklumkan pada tuan, saya dah masukkan link blog tuan di blog saya. Itu saja yang mampu saya lakukan untuk membantu memeriahkan dunia 'blog' yang kadang-kadang memberahikan, tetapi kadang-kadang yang lain mengerikan.

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. PPSMI akan dimansuhkan pada 2012. Itu keputusan Kerajaan.

    Zaman timba mencari perigi
    Telah bertukar dewasa ini
    Si teruna diam membisu diri
    Si gadis galak mencuri hati
    Nasib PPSMI diketahui kini
    2012 akan dihenti
    Jangan dimarah jangan dicaci
    Keputusan dibuat setelah dikaji

    Akhirnya kasih bersatu jua
    Setelah si gadis tak jemu mencuba
    Gembira datang setelah derita
    Kerna yakin teruna jodohnya
    UMNO&BN juga otak geliga
    Tangguh kerana membeli masa
    Diamkan pembangkang perlu diusaha
    Sehingga 2012 boleh la buat kerja

    Untuk andartu, anbujda, anbutua dan janda
    Teruskan usaha jangan putus asa
    Hati jika dipaksa kan lembut jua
    Bersama doa jangan dilupa
    Kalau pembangkang masih menjaja
    Itu bermakna mereka takleh percaya
    Walaupun Tun pasti berduka
    Mungkin ianya terbaik menyelamatkan bangsa

    Seloka cinta teman beradu
    Pengganti si dia yang dirindu
    Buat yang sudah beranak cucu
    Jangan tambah dua, tiga setialah pada yang satu
    Mulanya aku juga tak setuju
    Disebalik tersurat, tersirat beribu
    Titik mula tawan sebelum PRU
    Kembali tautkan politik dengan guru

    Tidur malam termimpi-mimpi
    Bangun tidur wajah berseri
    Makin terasa seksanya diri
    Bilakah cinta ini akan terpatri
    Cuba kalian renung dan tafsiri
    Isu ini amat galak di api-api
    Biarkan reda, biarkan sepi
    Ku pendam sebuah makna strategi

    BalasPadam
  3. Jeanbara!

    Terima kasih atas perhatian tuan! Saya ibarat daun karapoley (daun kari). Daun karapoley hanya akan berguna jika dimasukkan ke dalam gulai (kari); sedangkan gulai itu sebenarnya sudah sedap dan digemari ramai. :)-

    CCZ!

    Jangan asyik bermadah seloka. Takut dituduh suka mengata. (:-

    BalasPadam
  4. Aku akan terus berada dikelompok yang menyokong PPSMI kerana ideanya, namun tidak menentang polisi baru. Aku bertekad untuk terus memberi perspektif yang kelas pada anak-anak aku.

    BalasPadam
  5. Betul Detguaq!

    Buat apa pun Detguaq oi, kena bagi anak kita pandai dan berjaya di masa depan. Anak orang besar semua hantar pi sekolah bagus-bagus. Ada yang hantar pi luar negeri. OK la tu pasai depa mampu dan tau pelajaran tu penting untuk masa depan anak depa.

    PAS pun semua Detguaq oi, depa tuduh sekolah kerajaan ajar sekular tapi anak depa berlungguk belajar kat situ. Ramai anak depa masuk Universiti tempatan walaupun depa tak setuju dengan Akta Universiti dan Kolej. Tang hentam, depa dok hentam jugak!

    BalasPadam
  6. sia2 perjuangan kemerdekaan jika bahasa melayu yakni bahasa malaysia tidak dimartabatkan seta didaulatkan. kenapa kita masih dijajah dgn bahasa inggeris?? sedangkan jepun perancis arab serta byk lagi negara di dunia ini mengggunakan bahasa mereka seluas luasnya dlm apa bidang sekalipun sehingg orang asing perlu belajar bahasa mereka bagi memahami mereka dari bahasa barulah kita dapat memartabatkan budaya dan adab malaysia itu. dan pada hemat saya jgn la sekadar 'buang tangga berayun kaki' iaitu implikasi hanya pada sekolah rendah dan menengah tp bila sampai universiti semua ternganga.. ya ia perlu dilaksanakan secara menyeluruh jika tidak samada ppsmi atau tidak semua tidak akan menjadi. sbbnya dari dulu hingga kini implikasi yg dilakukan tidak menyeluruh tidak kira apa saja bidang/perkara yg hendak diimplikasikan

    BalasPadam
  7. Dan saya harap kepada anak-anak Melayu yang belajar tinggi-tinggi dalam bidang sains dan matematik, tak kira yang ada Phd atau yang bergelar Professor, terjemahkanlah ilmu yang anda pelajari ke dalam Bahasa Melayu.

    Alasan anda, mungkin sukar atau payah sebab tak ada istilah dan ia adalah cukup teknikal. Sudah banyak buku-buku sains dan matematik yang diterjemahkan dari bahasa lain ke Bahasa Cina, Jepun, Korea, German, Spanyol, Perancis. Mereka menggunakan bahawa rasmi masing-masing dalam pengajaran sains dan matematik di negara mereka. Malah Indonesia sendiri cukup terkedepan dalam soal menterjemahkan ilmu-ilmu (termasuk sains dan matematik) dari bahasa lain ke Bahasa Indonesia.

    Beb! Hendak seribu daya. Kalau tak hendak seribu daleh!

    BalasPadam
  8. SLM BRO..ADA BAIKNYA..ADA BURUKNYA..BAIK JIKA ANAK2 MELAYU MAHIR BERBAHASA INGGERIS JADI ORG LUAR X BLH NAK KELENTONG HEHEHE..BURUK JIKA BAHASA MELAYU JADI BAHASA TERPINGGIR..JADI KESIMPULANNYA KENA LAH SEIMBANG YEZZEKKK!!

    P/S: nice blog broo huhuhu!!

    BalasPadam
  9. Selama ini saya sentiasa percaya pemimpin yang ada ni boleh di harap dan patut di beri kepercayaan dalam membina negara bangsa Malayis ini..

    Keputusan terbaru ini betoi betoi buat saya naik darah dan saya fikir kabinet yang ada ni hanya mementingkan diri mereka sahaja! Adios..saya tak akan bagi satu undi pun kepada mereka ini lepas ni.. Tidak ada lagi rasa cinta dan sayang kepada mereka. hanya negara ini yang kita sayang,They can go to helllllll....

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.