Rabu, 15 Julai 2009

Komen dari dua Menteri Besar PAS

Kenyaatan MB Kelantan:-

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berkata kemerosotan majoriti PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam ialah kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau siap memberikan dalil, "Sebagai contoh janji-janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu"

Maka oleh faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti berkenaan kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu.

Begitulah kata sahibul hikayat Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan.

Komen pendek:

Boleh terima ke alasan ni? Kalau betul pengundi-pengundi di Manek Urai terpengaruh dengan janji-janji tersebut, tentulah BN menang. Ini PAS yang menang, cuma majoriti berkurang.

Kenyataan MB Kedah:

Apa pula kata Menteri Besar Kedah? Kali ini sudah Azizan berterus-terang atau 'direct to the point', tidak lagi berkias atau bertamsil ibarat macam selalunya. Ustaz Azizan memberi kenyataan yang cukup mudah difahami.

Katanya, keadaan lalu-lintas atau suasana kesibukan pada hari mengundi di Manek Urai menyebabkan ramai pengundi luar tak dapat balik ke kampung untuk mengundi.

Komen panjang sikit:-

Kalau kita lihat kepada peratusan yang keluar mengundi di Manek Urai ialah sebanyak 87.3% iaitu jumlah yang agak tinggi dalam siri Pilihanraya Kecil di negara ini.

Macamana Menteri Besar Kedah seolah-olah mengatakan ada ramai lagi yang tidak dapat balik mengundi kerana kesesakan? Secara tidak langsung dapat dimengertikan bahawa cuti yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan turut menyumbang kepada kesesakan yang berlaku. Apakah ini baru pertama kali PAS bertanding dan tidak mengetahui suasana Pilihanraya Kecil yang selalunya sesak dan sibuk?

Katakanlah suasana pada hari mengundi tidak sibuk, dan pengundi luar semuanya dapat balik mengundi, adakah kesemua pengundi luar ini hanya akan mengundi PAS? Apakah jumlah undi rosak juga adalah yang mengundi PAS? Jadi alasan ini jugak kita boleh tolak.

Nasib baik tidak ada tuduhan dari mana-mana pemimpin PAS yang mendakwa bahawa BN dapat undi kerana pengundi hantu.

5 ulasan:

  1. Masing2 ada alasan masing samada boleh pakai atau tidak bergantung kepada kefahaman individu tu sendiri. Tapi yg jelas jabatan standrd perang jepun (one way) tu memang layak dibomkan. Beri kemudahan pada rakyat tempatan dn orang juga boleh menggunakan dgn lebih sempurna. So lain kali boleh lah BN beri tawaran lain pulak...OK

    BalasPadam
  2. Komen utk komen Nik Aziz...
    Nik Aziz dah declare bahawa Manek Urai itu "hulu"...dan statement dia tu bagaikan k'jaan kelantan tak pernah terpikiaq utk membangunkan Manek Urai...bila DUN Manek Urai dimomokkan dengan Jambatan 7 Juta pula...apakah k'jaan negeri Kelantan tak mampu utk buat jambatan yang berharga 7juta? Mana pi duit balak Kelantan? Exco sebat kat diri depa sendiri ka? takkan 18 tahun memerintah pun tak reti2 nak generate duit sendiri??? tak reti kukuhkan ekonomi ke? Kalau tak reti...letak la jawatan Pok Nik oiii...hehheheheh...

    Komen utk Azizan...
    Memang betoi kata Azizan tu...sesak sangat sampai pengundi "hantu, jin, setan, ifrit...semua tak buleh balik ngundi kat Manek Urai"...tu yang dapat 65 undi majoriti ja tu...kalau "depa" tu sempat balik ngundi, gerenti menang 2000 undi majoriti...tak caya tanya Fatah!!!

    BalasPadam
  3. Banyak-banyak, Husam yang paling cerdik. Senang sj dia kilas. Jawapan tak mahu temubual yang panjang dengan wartawan. Hanya Nik Aziz yang bagi jawapan yang panjang lebar. Lain-lain buat loyar buruk. Tak tanya Nasha? Kesian dia. Nasharuddin ada potensi ganti Nik Aziz satu hari nanti.

    BalasPadam
  4. SLM BRO..SETIAP KALI NIK AJIS KOMEN PASTI ADE JE AYAT2 SELIT NAK MENGENTAM BN WLU DIRI SENDIRI BYK KEKURANGAN

    BalasPadam
  5. salam bro...ekeng

    dah nyanyuk dia tu... tapi bab mengutuk UMNO tak nyanyuk pulak tu...
    pelik betul lah nik aziz ni

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.