Isnin, 13 Julai 2009

PEMUDA GERAKAN SOKONG GMI

Gerakan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (GMI) merancang untuk mengadakan himpunan besar-besaran pada 1 Ogos ini. Selain giat mempromosikan melalui media alternatif, penyebaran risalah, beberapa siri ceramah akan diadakan di seluruh negara. Berdasarkan promosi serta situasi semasa, tidak mustahil bagi GMI mengadakan himpunan besar-besaran seperti yang dirancangkan. Apa lagi GMI mendapat kerjasama dengan NGOs dan parti-parti politik yang senada dengannya.

Tidak menghairankan jika terdapat NGOs, atau parti-parti politik pembangkang menyertai gerakan yang membantah dasar atau amalan Kerajaan. Tetapi jika terdapat parti dalam Kerajaan turut menyertainya, tentulah amat pelik dan pastinya ada sesuatu yang tidak kena.

Pemuda Gerakan secara terang-terangan menyatakan sokongan kepada GMI. Ketua Biro Khidmat Awamnya, Andy Yong berata, "Pemuda Gerakan akan menggerakkan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," Lagi….

Hujah atau alasan beliau untuk menghalalkan tindakan itu nanti kononnya (parti GERAKAN) beriltizam untuk melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948.

Tidak adakah pihak tertentu dalam BN, memberi kefahaman mengenai ISA kepada parti-parti komponen, sehinggakan ada darinya yang masih belum faham tujuan dan hasrat Kerajaan untuk mengekalkan ISA? Ataukah GERAKAN cuba bermain politik dalam isu ini untuk menguji ketahanan BN?

Barangkali Pemuda UMNO kurang upaya kerana kepimpinannya kini kurang bertaring, tetapi bagaimana dengan yang lainnya di dalam BN atau UMNO?

3 ulasan:

  1. salam bro ekeng

    melawat laan sdr untuk mengukuhkan hubungan kekawan...

    masalah engan PEMUDA UMNO ni iala kepaa diatu tak betui bro...

    kalau tukar kepala keretapi maka gerabak di belakang ikut elok aje...

    salam

    BalasPadam
  2. Terima kasih Tungaklangit!

    Itulah.... masa boleh tukar hari tu... dia orang salah tukar. Diambiknya mesin ATM jadi kepala....

    BalasPadam
  3. KALAH BERMAKSUD KALAH
    KALAH LAWAN SATU LAWAN SATU KIRA ADA MARUAH
    NI KALAH PIHAK PAS
    LAWAN POLIS
    LAWAN JENTERA KERAJAAN
    LAWAN LINGAM
    LAWAN WANG PETRONAS
    LAWAN HELIKOPTER AIRWOLF
    LAWAN DUIT BERIBU JUTA RINGGIT
    LAWAN WAN MALAYSIA
    LAWAN PIHAK PENCACAI PUAK united malaysia national organization

    TETAPI DALAM PERLAWANAN ADA YANG MENANG DAN ADA YANG KALAH
    ASAL TAK KALAH TU YANG MUSTAHAK
    MENANG MAJORITI 5 RIBU TAK TERMAKSUD WAN MALAYSIA AKAN MEMBUBARKAN DUN
    KALAH SATU UNDI BERMAKSUD PUAK GEROMBOLAN united malays national organization TELAH KALAH LIMA KALI BERTURUT TURUT KETIKA BERDEPAN DENGAN PIHAK PEMBANGKANG YANG SERBA KEKURANGAN. INILAH HAKIKATNYA

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.