Isnin, 6 Julai 2009

Nak pantun sikit

Babi di negeri Kedah
Buah pala di Pulau Pinang;
DAP lari dah
PAS masih sayang.

Buah pala di Pulau Pinang
babi di negeri Kedah;
Sapa kata PAS tak sayang,
nak rujuk, ada edah.

Babi di negeri Kedah
Buah pala di Pulau Pinang;
pasai dalam edah,
dok teriak sorang-sorang.

Buah pala di Pulau Pinang
babi di negeri Kedah;
sayang sayang buah kepayang
nak telan pahit nak kulum payah.


1 ulasan:

  1. Babi di negeri Kedah
    Buah pala di Pulau Pinang
    Tak payah susah-susah
    Yang sayang pun sikit hari nak kena terajang..

    Buah pala di Pulau Pinang
    Babi di negeri Kedah
    Baik hilang DAP sorang
    Hilang 4 katak meraung tak sudah

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.