Jumaat, 24 Julai 2009

Kisah Tok Guru dan gulai lembu....

Al Kisah cerita ini berlaku di sebuah kampung di suatu musim kemarau. Sekumpulan pemuda menemui seekor lembu terjatuh dalam sebuah telaga buruk. Telaga itu tiada berair tetapi berlumpur. Tidak diketahui sudah berapa lama lembu itu terjatuh. Tapi keadaannya amat keletihan.

Beberapa penduduk kampung yang mengetahui kejadian tersebut segera datang. Ketua Kampung juga datang. Mereka bersama-sama menarik keluar lembu tersebut tapi tidak berjaya. Akhirnya dengan menggunakan beberapa batang kayu dan tali, lembu tersebut berjaya dikeluarkan. Malangnya lembu tersebut tidak dapat bergerak ke mana-mana kerana kedua-dua belah kakinya patah.

Ketua Kampung berbincang dengan beberapa penduduk kampung bagi menyelamatkan lembu berkenaan. Setelah berbincang, seorang dari mereka mencadangkan supaya lembu tersebut disembelih dan dagingnya dijadikan kenduri. Ketua Kampung bersama yang lain bersetuju. Bagaimana pun Ketua Kampung meminta untuk merujukkan terlebih dulu kepada Tok Guru.

Mereka ke rumah Tok Guru yang tidak jauh dari situ. Setelah diberitahu, Tok Guru dengan tegas mengatakan tidak setuju. Tok Guru tidak mahu bersyubahat dengan perkara-perkara yang tidak jelas sambil memberikan beberapa dalil. Tok Guru mengatakan barangsiapa memakan daging tersebut bagai memakan barang curi dan hukumnya haram.

Ketua Kampung rasa keciwa lalu beredar dari rumah Tok Guru. Dengan sokongan kuat kumpulan pemuda, Ketua Kampung mengambil keputusan meneruskan cadangan menyembelih lembut tersebut kerana tidak ada cara lain untuk menyelamatkannya.

Lembu itu pun disembelih. Proses melapah dan menyiang dilakukan bersama. Timbul pula masalah untuk mendapatkan air bagi membasuh dan mencuci daging serta untuk kerja-kerja memasaknya nanti. Semua telaga yang ada di kampung tersebut kering kontang kerana kemarau, kecuali telaga Tok Guru yang masih berair. Mahu tidak mahu, sekali lagi mereka beramai-ramai ke rumah Tok Guru.

Ketua Kampung meminta izin untuk menggunakan air dari telaga Tok Guru. Kali ini Tok Guru hanya diam. Tok Ketua dan beberapa yang lain mengerti bahawa diam Tok Guru tandanya setuju.

Orang kampung semakin ramai datang. Semua kerja dilakukan secara gotong-royong. Meriah bagaikan kenduri kahwin.

Tok Guru tidak senang duduk. Dia berjalan mundar-mandir di dalam rumah. Menjelang tengahari, Tok Guru ke tempat orang kampung memasak. Nasi sudah masak. Gulai baru saja mendidih. Daging masak kicap belum empuk.

Oleh tidak tertahan dengan bau dan aroma gulai daging yang membuak-buak mendidih dalam kawah, Tok Guru meminta untuk 'merasanya'. Salah seorang pemuda menegur Tok Guru. “Tok Guru kata tadi tak mau shubahat dengan perkara yang tidak jelas?”

“Iyalah! Tapi aku cuma nak merasa kuahnya. Sebab airnya kamu ambil dari telaga aku!” jawab Tok Guru.

Semua terdiam. Ada yang tersenyum kambing. Seorang dari mereka mengambil senduk lalu mencedok kuah gulai yang mendidih.

“Senduk tu kecik sangat. Ambil mangkuk, besar sikit!” kata Tok Guru.

Orang tadi pun menukar senduk dengan mangkuk, lalu mencedok kuah gulai di dalam periuk besar. Sewaktu mencedok, termasuklah beberapa ketulan daging. Orang tadi segera mengais keluar dari mangkuk.

“Eh eh tak payah dikais! Tak payah! Itu bukan dicari.... masuk sendiri tak apa!”

Ketua Kampung dan semua yang ada di situ tersengih macam kerang busuk, sambil perhati muka selamba Tok Guru menghirup gulai dari mangkuk.

13 ulasan:

  1. Hang ni Ekeng, kalau pasai perli orang cukup nombor satu! Sapa yang pernah buat, boleh terasa ngilu sampai ke tulang hitam.

    Cerita tu hang karang atau beli kat orang? Macam mana pun ok. Ada mesej untuk orang tertentu dalam isu semasa.

    Ada lagi cerita macam ni?

    BalasPadam
  2. kah kah kah..ekeng, menarik betul cerita ekeng kali nie..tok guru pun nak jaga perut sendiri nampak..kui kui kui..

    tok guru betul kalau baca ni boleh keluar asap kat telinga..sindiran ekeng bukan macam setengah orang..macam kuah gulai la jugak..sedap, sedap tapi kalau makan banyak, naik blood pressure tok guru tuh..

    BalasPadam
  3. Ekeng..saya dah tulis komen berjela-jela tapi gangguan jalur lebar lak..apa pun bagus betul tulisan ekeng..taksat baca ekeng punya cerita saya senyum dan ketawa tetapi bila baca blog pembangkang saja, dan dan muka saya jadi cuka..nak balas komen macam pertama tadi pun dah nak bertukar kepada leteran..

    Nasihat ekeng macam kuah gulai gak..sedap dimakan tetapi effect blood pressure..

    BalasPadam
  4. SALAM BRO EKENG

    SEPATUTNYA ARTIKEL NI DIBACA OLEH MEREKA YANG MENGAKU LEBIH ISLAM DARI ORANG LAIN

    HA HA HA

    KENA TEPAT BEB

    SALAM

    BalasPadam
  5. Salam,

    Samalah cerita Nizar pegang lilin, Nicky Ajis kata, "hukumnya harus bukan haram". Tapi bagaimana kalau pemimpin UMNO yang pegang lilin, apa kata Nicky Ajis ?

    "Kafir laknat" kata Nicky Ajis.......

    Ular dalam semak begitulah.........

    BalasPadam
  6. Cucu Tok Derga:-
    Orang Melayu dulu-dulu memberi nasihat, mendidik atau mengkritik, baik kepada raja atau kepada rakyat, musuh atau lawan, kepada yang tua atau yang muda, menggunakan kias dan ibarat, pantun dan seloka. Maka lahirlah mitos dan lagenda dalam sastera seperti Mahsuri, Merong Mahawangsa, Si Tanggang, Bawang Putih Bawang Merah dll.
    Realiti atau fantasi, origin atau adaptasi ia merupakan rakaman kehidupan manusia dam diterjemahkan dalam bentuk fiksyen yang berseni.

    CCZ:-
    Ada banyak jenis gulai. Ada gulai mamak. Ada gulai Melayu. Ada gulai Siam. Tapi tak dak gulai Cina.Gulai mamak tak boh santan, jadi kurang kolestrol. Gulai Siam tak pakai santan, juga tak dak kolestrol. Gulai Melayu? Santan kena pekat baru sedap. Boh lagi kepala santan. Lagi lemak. Tumis pula dengan minyak. Lagi lemak. Kalau anakdara tak reti buat gulai, lambat orang masuk meminang. Kalau gulai tak pecah minyak, tanda perempuan tu tak pandai masak.

    Tungaklangit:-
    Puak hak yang dok mengaku lebih Islam dari orang lain pasai depa tu dok amal 'Kitab 52'. Kalau depa mengaji dan beramal dengan 'wakutubihi', Insya Allah tak melilau atau tersesat.

    Yang Gambi:-
    Mungkin sama tapi tak serupa. Banyak lagi perbuatan atau perlakuan masakini yang dilakukan oleh orang-orang tertentu, yang sama dengan cerita yang saya tulis.

    BalasPadam
  7. CCZ!

    Nak tau pasai apa gulai Melayu lebih sedap? Tanyalah depa yang sakit jantung, depa yang dapat darah tinggi dan depa yang kena kencing manis.

    BalasPadam
  8. Hehe..terliur lama dah kot..nak makan takut penyakit mengamuk..santan dia kot..ekeng..saya tak reti masak gulai..yg reti buat sambal tumis saja..jd tak tau berapa byk santan kena letak dlm kuah..

    BalasPadam
  9. hahhahah...tepat! Bertepek ke kat dahi! muahahhahahha....

    BalasPadam
  10. Susah kita kalau ada Tok Guru Haprak, yang tau ilmu tapi ajar yang salah. Tak lama lagi hancur Islam di negara kita.

    Ada mufti depa kutuk, ada khadi depa templak...abis sapa yang betui.

    Harap serban ja besar tapi hati busuk sebusuk gaging busuk.

    Tolong paut blog saya : jurirakyat.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Aku tak boleh makan gulai melayu, santan banyak buat perut kembung dan belahak sakan. Kalu gulai siam atau yang ada nama siam.....hmmmmm

    BalasPadam
  12. jom wahai muslimin n muslimah kita sama baca ayat kursi demi menerangi sgala kegelapan yg menyelubungi tanah air kita umat kita..

    BalasPadam
  13. ekeng dan sahabat,

    Saya menulis mengikut conscience dan fakta yang tegar. Saya amat takut dengan kesilapan mentafsir dan membuat keputusan

    Apa pun kita teruskanlah apa yang difikirkan baik untuk agama, bangsa dan negara.

    Kita dari kalangan yang bernasib baik kerana akan diadili nanti.

    BalasPadam

Tulisan cerminan diri. Kalau tulisan baik, diri pun baik. Kalau tulisan bagus, diri pun bagus.
Terima kasih atas kesudian membuat ulasan. Kalau ada kelapangan, berkunjunglah lagi ke blok saya.